|
Martabat nafsu
Nafsu amarah
Oleh : Nur Anwar
Amarah
adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala
yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan
mazmumah (kejahatan/keburukan). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu
untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal,
lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk
mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan
diselaputi oleh pelbagai penyakit.
Firman
Allah:
-
"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya"
-
"Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat
keji(mungkar)"
-
"Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus)"
Dalam kehidupan seharian
segala hukum hakam, halal-haram, perintah dan larangan tidak pernah di ambil
peduli. Malah buat kejahatan itu sudah sebati. Tidak ada penyesalan, malah
kadang-kadang bangga buat jahat. Contohnya dia berbangga dapat merosakkan
anak dara orang, bangga dengan kehidupan songsang, minum, berjudi, pergaulan
bebas malah jadi barat lebih dari orang barat. Bagi mereka pada peringkat
nafsu ini, konsep hidupnya adalah sekali, jadi masa mudalah untuk seronok
sepuas-puasnya tanpa mengenal batas-batas. Baik jahat adalah sama sahaja di
sisinya tanpa ada perasaan untuk menyesal. Malah kadang-kadang bila boleh
buat jahat seolah-olah terdapat perasaan lega dan puas. Itulah sebabnya
kadang-kadang ada yang dapat nak mengawalnya dari melakukan sesuatu yang
jahat. Dah jadi hobi. Hatinya telah dikunci oleh Allah sebagaimana
firmanNya:
"Tidaklah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya
(amarah) menjadi Tuhan dan dia disesatkan oleh Allah kerana Allah mengetahui
(kejahatan hatinya) lalu Allah mengunci mati pendengarannya (telinga batin)
dan hatinya dan penglihatannya (mata hatinya) diletak penutup."
Manusia
pada peringakat nafsu amarah ini bergembira bila menerima nikmat tetapi
berdukacita dan mengeluh bila tertimpa kesusahan.
Firman Allah:
"Dan
apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia,nescaya mereka gembira
dengan rahmat itu.Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah akibat kesalahan
tangan mereka sendiri, lantas mereka berputus asa."
Jelasnya
pada peringkat ini segala tindak tanduknya adalah menuju dan mengikut apa
kehendak syaitan yang mana telah dikuasai sepenuhnya olehnya(Syaitan). Rupa
sahaja manusia, tapi hati dikuasai syaitan.
Pada
peringkat ini, manusia itu tak makan nasihat. Tegurlah macam manapun. Dia
tetap tak akan berubah kecuali diberi hidayah olehNya.
Mereka
tidak pernah takut pada Allah dan hari pembalasan. Malah meremehkan lagi
ada. Mengejek dan mencemuh. Mereka tidak pernah peduli dengan ancaman Allah
seperti:
"Akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam dari golongan jin dan manusia yang
mempunyai hati tidak memrhati,mempunyai mata tidak melihat,mempunyai telinga
tidak mendengar.Mereka itu adalah binatang malah lebih hina dari binatang
kerana mereak termasuk di dalam golongan yang lalai".
Mereka
suka mencela orang lain, memperbodohkan kelemahan orang lain dan melihat
dirinya sendiri serba sempurna. Mereka tidak pernah menyandarkan hasil
usahanya kepada Allah. Mereka fikir apa sahaja kejayaan mereka adalah hasil
titik peluh diri sendiri.
Jiwa
mereka pada tahap ini adalah kosong dan hubungan dirinya dengan Allah boleh
dikatakan tidak wujud.
Dalam
konteks penerimaan ilmu, orang yang bernafsu amarah hanya berupaya menerima
ilmu diperingkat ilmu Qalam. Terutamanya yang mementingkan soal-soal
lahiriah dunia sahaja. Tak ada minat kepada pelajaran agama dan hari
akhirat. Pada peringkat tidak ada peluang sama sekali untuk menerima ghaib
dan ilmu syahadah selagi hatinya kotor dan tidak disucikan dengan
pembersihan zikrillah yang mempunyai wasilah bai'ah dengan Rasulullah s.a.w.
Untuk membebaskan diri dari cengkaman nafsu ini hendaklah menemukan jalan
wasilah ilmu Rasulullah s.a.w dengan menerima tunjuk ajar dari ahli zakir
iaitu guru mursyid yang dapat memberikan petua-petua penyucian diri dan
penyucian jiwa yang mempunyai mata rantai dengan Rasulullah s.a.w.
Sabda
Rasulullah s.a.w:
"Tiap
sesuatu ada alat penyucinya dan yang menyuci hati ialah zikir kepada Allah "
Pada tahap
amarah ini kalau berzikirpun hanya dibibir sahaja tanpa meresap ke dalam
jiwa. Amarah tidak mengenal sesiapa, malah ahli kitab sekalipun walaupun ada
kelulusan Azhar, walupun berserban dan berjubah. Amarah tidak pernah takut
dengan itu semua malah lagi senang ia menyerang. Yang ia takut hanyalah
zikrillah.
Sabda
Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya syaitan itu telah menaruh belalainya pada hati manusia, maka
apabila manusia itu berzikir kepada Allah , maka mundurlah syaitan dan
apabila ia lupa, maka syaitan itu menelan hatinya"
Nafsu lawwamah


|