|
Martabat nafsu
Nafsu lawwamah
Oleh : Nur Anwar
Nafsu
lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu
kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah.
Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan
mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus
kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya
sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk
hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Bisikan hati seseorang akan
melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan bila
terqosad sahaja dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah Rasulullah atas
keterlanjurannya. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya
kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus.
Rasulullah s.a.w bersabda:
-
"Apabila
Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan
untuknya penasihat dari hatinya sendiri"
-
"Barangsiapa yang hatinya menjadi penasihat baginya, maka Allah akan
menjadi pelinding ke atasnya."
Tapi bila
seseorang itu meningkat ke martabat nafsu lawwamah tapi tidak mematuhi
isyarat lawwamah yang memancar di hatinya, maka lama-kelamaan isyarat ini
akan padam dan malap. Hingga jatuhlah kembali pada tahap nafsu amarah
kembali. Sebab itu kadang-kadang kita tengok sekejap orang tu baik, sekejap
berubah jahat kembali. Kemudian berubah balik. Inilah bolakan hati yang di
sebabkan oleh keadaan nafsunya yang berubah-ubah.
Firman
Allah:
-
"Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti (suruhan jahat) mereka setelah
datang ilmu (isyarat lawwa-mah) kepadamu, sesungguhnya kamu termasuk dalam
golongan orang-orang yang zalim"
-
"Sesungguhnya petunjuk Allah ialah petunjuk yang sebenarnya.Dan
sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan (jahat dan keji) mereka ,
setelah ilmu diperolehi (datang kepadamu) maka Allah tidak lagi menjadi
pelindung dan penolong bagimu".
Pada tahap
lawwamah ini masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah tapi
jumlahnya mulai berkurang sedikit. Keinsafan memancar. Sekiranya dia terus
mematuhi isyarat lawwamah yang ada, sedikit demi sedikit sifat-sifat keji
dapat dihapuskan. Pada peringkat ini dia banyak meneliti diri sendiri dan
merenung segala kesilapan yang lampau. Bila perasaan menyesal datang,
orang-orang pada peringkat sangat mudah mengeluarkan air mata penyesalan.
Kerap menangis dalam solat, atau bila sendirian, sewaktu berzikir,
bersolawat. Air matanya bukanlah disengajakan tetapi berlaku secara spontan.
Inilah dikatakan sebagai tangisan diri. Pada peringkat ini mula banyak
mengkaji dan meneliti alam dan kejadian. Malah sentiasa membandingkan
sesuatu dengan dirinya. Mereka juga menjadi gila untuk beribadat dan
cenderung kepada perbincangan berkaitan soal mengenal diri dan mula jemu
dengan persoalan yang tidak berkaitan dengan agama. Perubahan ini boleh jadi
mendadak sekiranya kita terjun ke alam tasauf.
Rasulullah
s.a.w bersabda:
-
"Bahawasanya orang-orang mukmin itu perhatiannya pada solat, puasa dan
ibadat dan orang munafik itu perhatiannya lebih kepada makanan dan minuman
seperti halnya binatang"
-
"Sedikit
taufik adalah lebih baik dari banyak berfikir dan berfikir perkara duniawi
itu mendaruratkan dan sebaliknya berfikir perkara agama pasti mendatangkan
kegembiraan"
Pada tahap
ini sudah mementingkan akhirat dari dunia.
Namun
begitu walau nak dibandingkan dengan amarah ia lebih tinggi sedikit, namun
sekali-sekala ia tidak terlepas juga dari jatuh kedalam jurang dosa dan
kejahatan.Imannya masih belum kuat.Namun ia cepat sedar dan cepat
beristigfar minta ampun kepada Allah.
Firman
Allah:
"Aku
bersumpah dengan nafsu lawwamah"
Sebagai
contoh kalau tertinggal sembahyang terdapat perasaan kecut hati dan cepat
menyesal sehingga terus pergi kadha.
Antara
sifat nafsu lawwamah adalah:
1. Mencela
diri sendiri
2. Bertafakur dan berfikir
3. Membuat kebajikan kerana
ria
4. Kagim pada diri sendiri
yakni 'ujub
5. Membuat sesuatu dengan
sum'ah -agar dipuji
6. Takjub pada diri sendiri
Sesiapa
yang merasa berdegup di hati sifat seperti di atas masih lagi berada pada
tahap nafsu lawwamah. Ianya adalah terdapat pada kebanyakan orang awam .
Harus kuat
berzikir lagi untuk menembus dan menyucikan sisa-sisa karat hati. Zikir pada
peringakat nafsu ini masih lagi dibibir tetapi kadang-kadang sudah mulai
meresap masuk ke lubuk hati tapi dalam keadaan yang tidak istiqamah. Pada
peringkat ini memang sudah timbul gila beribadat sehingga kadang-kadang
merasa dirinya ringan dan melayang, kadang-kadang macam hilang dirinya. Rasa
semacam semut berderau diseluruh tubuhnya terutama pada bahagian tulang
belakang dan tangannya. Keadaan beginilah menimbulkan keasyikan yang
menyeronokkan dengan amalan zikir dan ibadat lain.
Pada
pringkat ini sudah boleh menerima sedikit ilham hasil dari zauk dan
kadang-kadang mengalami mimpi yang perlu ditafsir kembali oleh guru. Bila
berterusan dengan petua dan amalan yang diberi oleh guru InsyaAllah nafsunya
lawwa-mah ini akan meningkat kepada tahap seterusnya.
Nafsu mulhamah


|